Saturday, March 3, 2007

kelas projek khas

KELAS PROJEK KHAS (KPK) SMK KUALA KUBU BHARU

KUTV menghadiri satu majlis taklimat di SMK Kuala Kubu Bharu. taklimat disampaikan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, pengetua SMK KKB. KUTV diminta menjadi wakil PPDHS dalam majlis tersebut.

Ramai ibu bapa hadir dalam majlis tersebut, melibatkan ibu bapa kepada 78 orang murid yang terlibat dalam kelas berkaitan.

Murid yang mengikuti kelas berkaitan akan diminta mengikuti kelas PREP, pukul 02.30 - 04.00 petang setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Di rumah murid-murid yang mengikuti program dikehendaki duduk membuat prep di rumah selama 2 jam sehari ( Isnin - Jumaat), dipantau oleh ibu bapa mereka.

Semua mata pelajaran teras menengah rendah dimasukkan dalam program ini. Program prep yang terancang ini boleh mendatangkan hasil pada PMR 2009 kerana murid-murid yang terlibat kebanyakannya mempunyai keputusan UPSR antara 3A - 7A.

KUTV pada akhir sesi juga diminta menyampaikan ucapan ringkas. KUTV berharap program ini akan mendapat sokongan yang padu daripada semua ibu bapa. Semoga PMR tahun 2009 akan menghasilkan keputusan yang cemerlang bagi semua murid yang menyertainya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.03.2007
13 Safar 1428

No comments: