Monday, December 25, 2006

HEADCOUNT

Dalam memastikan pengurusan kurikulum dapat melakukan perancangan yang berkesan, setiap sekolah dikehendaki membuat 'HEADCOUNT'.

Apakah Headcount ( HC )?.

HC adalah proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tahun 1 hingga tahun 6 ( bagi UPSR ) atau tingkatan 1 hingga tingatan 6. Proses ini ialah mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar supaya guru dapatmenyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas ang diajarnya.

Apakah rasional HC dilaksanakan?

Pengunjuran kecemerlanan yang diamalkan pada masa sekarang, berasaskan kenaikan peratus pada setiap tahun, seperti 5%,8%, 10% dan seterusnya.

Kenaikan peratusan ini tidak berdasar potensi individu murid.

Pengunjuran itu tidak dikaitkan dengan kecergasan pelbahai ( multiple inteligences) murid secara individu, cita-cita, dan peluang belajar di IPTA/IPTS dan pencapaian akademik seluruhnya.

Kebanyakan pelajar tiada wawasan diri. Mereka belajar tanpa haluan dan fokus. Murid yang tiada matlamat diri tiada kesungguhan dalam pembelajaran.

Guru-guru tidak dapat membimbing dan memotivasikan pelajarnya kerana tidak menganalisis data. Ini mengakibatkan strategi pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan tidak dapat menepati sasaran.

Mengapa perlu Headcount ?
  • Melihat keupayaan sedia ada setiap murid.
  • Menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
  • Merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat.
  • Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang proaktif.
  • Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh Pengetua, Guru besar, GPK, guru kelas dan guru mata pelajaran secara saintifik.
  • Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Apakah TOV ( take-off value ) ?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun.

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR ?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR ( actual result ) ?

AR boleh dikatakan sebagai pencapaian penilaian pembelajaran yang sebenar pada peringkat terakhir seperti keputusan peperiksaan awam.

Semua pihak guru mestilah bekerjasama untuk mengoperasikan HC ini. Pastikan semua borang yang perlu disediakan. Anatara borang berkaitan ialah:

  • HC1 ( tindakan ketua panitia mata pelajaran )
  • HC2 ( tindakan ketua panitia mata pelajaran )
  • HC3 ( tindakan guru mata pelajaran )
  • HC4 ( tindakan guru kelas )
  • HC5 ( tindakan setiausaha peperiksaan )
  • HC6 ( tindakan setiausaha peperiksaan )

Sila rujuk nota bagaimana kiraan dilakukan dan bagaimana semua borang-borang ini digunakan. Semoga semua sekolah dapat melaksanakan pengiraan yang berkaitan dengan Headcount ini.

Disediakan oleh

KUTV PPDHS / 25.12.2006 / 04 Zulhijjah 1427.