Sunday, April 8, 2007

laman web cikgu shukor smk sg choh

Assalamualaikum,

Tahniah kepada cikgu Sukor kerana telah mewujudkan laman web Sejarah. Web ini boleh digunakan oleh gru-guru Sejarah dan pelajar-pelajar Sejarah yang berminat. Gunakanlah web ini sebaik mungkin.

Pautannya KUTV telah letakkan pada ruangan blog tambahan KUTV PPDH ini. Semoga semua yang ingin menfaatkan web ini dijemput layari web ini. Saya berharap usaha murni Sukor sensei ( dalam Bahasa Jepun) Cikgu Sukor akan dirahmati Allah. Semoga cikgu akan lebih sukses lagi selepas ini.

Alamat web ini ialah"
http://sukosensei.com

Disediakan Oleh:
KUTV PPDHS
08.04.2007
20 Rabiulawal 1428.

Tuesday, April 3, 2007

untuk mu palestin

TEMPOH HARI KUTVPPDHS MENERIMA EMAIL DARIPADA KUTVPPDKL.

Dalam email ini dimuatkan senikata lagu Raihan iaitu Untuk Mu Palestin.

KUTV PPDHS berusaha mendapatkan lagu sebenarnya. Di sini saya cuba masukkan lagu berkaitan untuk didengarkan bersama-sama.



Raihan_-_Untuk_Mu_...


Ini sebagai percubaan untuk didengarkan lagu ini melalui blog ini.

KUTV PPDHS

Saturday, March 3, 2007

kelas projek khas

KELAS PROJEK KHAS (KPK) SMK KUALA KUBU BHARU

KUTV menghadiri satu majlis taklimat di SMK Kuala Kubu Bharu. taklimat disampaikan oleh Tn Hj Manap bin Jarkasi, pengetua SMK KKB. KUTV diminta menjadi wakil PPDHS dalam majlis tersebut.

Ramai ibu bapa hadir dalam majlis tersebut, melibatkan ibu bapa kepada 78 orang murid yang terlibat dalam kelas berkaitan.

Murid yang mengikuti kelas berkaitan akan diminta mengikuti kelas PREP, pukul 02.30 - 04.00 petang setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Di rumah murid-murid yang mengikuti program dikehendaki duduk membuat prep di rumah selama 2 jam sehari ( Isnin - Jumaat), dipantau oleh ibu bapa mereka.

Semua mata pelajaran teras menengah rendah dimasukkan dalam program ini. Program prep yang terancang ini boleh mendatangkan hasil pada PMR 2009 kerana murid-murid yang terlibat kebanyakannya mempunyai keputusan UPSR antara 3A - 7A.

KUTV pada akhir sesi juga diminta menyampaikan ucapan ringkas. KUTV berharap program ini akan mendapat sokongan yang padu daripada semua ibu bapa. Semoga PMR tahun 2009 akan menghasilkan keputusan yang cemerlang bagi semua murid yang menyertainya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
03.03.2007
13 Safar 1428

Sunday, February 4, 2007

mesyuarat agung pibg smk bdr baru btg kali kali ke-5

KUTV PPDHS, telah hadir ke majlis Mesyuarat SAgung PIBG SMK Bandar Baru Btg Kali Kali ke-5. Majlis ini dijalankan pada:

04 Februari 2007
Hari Sabtu.
09.00 pagi.

KUTV hadir selaku perasmi mesyuarat agung menggantikan Tuan PPDHS yang tidak dapat hadir, kerana urusan penting.

Pengetua, Pn Rohaini bt Hayon menyampaikan ucapan mewakili semua warga sekolah. YDP PIBG, En Mohd Johari b Abd Hamid, juga berucap mewakili PIBG. KUTV menyampaikan ucapan dan sekali gus merasmikan majlis mesyuarat agung kali ke-5.

KUTV ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak PIBG dan sekolah, kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung pada tarikh yang awal. Ini membolehkan aktiviti dirancang dan disusun dengan rapi dan teliti. Ini boleh memberikan manfaat pada murid sekolah.

KUTV juga ingin merakamkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan pencapaian akademik sekolah keseluruhannya.

Hubungan rapat guru, pibg dan murid pasti akan melahirkan murid yang cemerlang dalam segala aspek pendidikan anak-anak atau murid yang dididik. Ketiga-tiga elemen ini perlu bergabung tenaga untuk memastikan wawasan pendidikan akan terlaksana.

KUTV berharap SMK Bandar Baru Btg Kali, juga merupakan sekolah angkatnya akan berjaya dalam apa juga aktiviti yang melibatkan murid dan ibu bapa. Pada masa yang sama akademik sekolah akan berada pada tahap yang membanggakan.

Semoga PIBG akan menjadi medan untuk guru dan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat perhatian yang sepatutnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan:
KUTV PPDHS
04.02.2007
16 Muharam 1428.

Sunday, January 28, 2007

fakta menarik tentang sekolah-sekolah tertentu

BERIKUT BEBERPA FAKTA MENARIK TENTANG PENDIDIKAN DI HULU SELANGOR PADA 15 JANUARI 2007.

Sekolah menengah yang mempunyai murid paling ramai ialah SMK BUKIT SENTOSA, terdapat 2607 orang, bertambah seramai 546 berbanding tahun 2006. Pertambahan angka seramai ini menjadikan sekolah ini sebagai sekolah paling banyak muridnya bertambah.

Sekolah menengah paling sedikit murid ialah SMK GEDANGSA, hanya terdapat 340 orang, Makin berkurang berbanding 2006, terdapat 359 orang.

Sekolah kebangsaan paling ramai murid ialah SK TAMAN BUNGA RAYA (1), seramai 2774 orang, bertambah 204 orang daripada 2006. Pertambahan paling besar bagi sekolah kebangsaan berlaku di SK BUKIT SENTOSA, iaitu bertambah 324 orang mejadi jumlahnya 2669 orang.

Sekolah paling kecil di kalangan sekolah kebangsaan ialah SK HULU YAM LAMA, hanya terdapat 76 orang murid. Walau bagaimanapun rekod sekolah paling sedikit muridnya ialah SJK C BUKIT FRASER, hanya terdapat 9 orang murid sahaja.

Jumlah keseluruhan murid di daerah ini ialah 42,028 orang bertambah seramai 2,147 orang, pada tahun 2006 hanya terdapat 39,881 orang sahaja.

Dengan jumlah murid ini, terdapat seramai 2590 orang guru yang mendidik mereka di sekolah-sekolah. Jumlah paling ramai terdapat di SMK BUKIT SENTOSA, iaitu seramai 121 orang.

Catatan ini sebagai satu renungan untuk melihat daerah Hulu Selangor, sebagai daerah yang paling luas di selangor tetapi jumlah murid dan guru masih tidak ramai berbanding daerah seperti Petaling, Hulu Langat, Gombak, dan Kelang.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
28.01.2007
09 Muharam 1428.

Wednesday, January 24, 2007

Ujian khas guru-guru ppsmi seluruh Malaysia

UJIAN PROFISIENSI 2007
TARIKH: 10 FEBRUARI 2007
HARI: SABTU
CALON-CALON: SEMUA GURU PPSMI

Saya mewakili Ketua Unit Bahasa PPDHS ingin mencatatkan pada ruangan ini tentang perkara penting akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pada tarikh tersebut semua guru PPSMI akan menduduki ujian. Nampaknya pada tahun ini peperiksaan awal dimulakan dengan ujian yang khas untuk guru-guru. Kalau boleh saya memberikan namanya, kerana melibatkan ujian Bahasa Inggeris, UJIAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS 2007 (UPBI).

Pada hari tersebut semua guru berkaitan akan menjawab 2 bahagian soalan:
a. Kertas 1 (1 jam). 09.00 hingga 10.00 pagi
b. Kertas 2 (1 1/2 jam) 10.30-12.00 th)

Apakah akan berlaku selepas ujian ini ?

Secara kasar telah diberikan gambaran bahawa guru-guru PPSMI yang gagal dalam ujian pada 10 Februari ini akan mengikuti kursus EMS, mungkin di IPG kendalian pihak BPG. EMS (English for Mathematics and Science). Mungkin bagi mereka yang mendaapat markah yang agak lemah (0-20 markah, mungkin).

Selepas kursus ini mereka mungkin dikehendaki menduduki peperiksaan MUET. Syarat ini mungkin dikenakan pada mereka yang mendapat markah bawah 50, mungkin. Syarat lulus MUET ialah band 3. Nampaknya seperti pelajar yang akan memasuki universiti.

Jika mereka masih gagal melepasi tahap ini, mereka dikehendaki mengikuti kursus lain:

a. Mungkin mereka perlu mengikuti kursus dengan pusat latihan swasta.

b. atau mungkin, kursus 14 minggu semasa cuti sekolah.

Proses ini akan melibatkan tempoh 3 bulan. Mereka akan menduduki MUET lagi. Jika gagal dalam MUET, mereka perlu mengikuti kursus secara berterusan.

Ini mungkin makluman awal. Walau bagaimanapun, mungkin ini salah satu cara untuk memastikan guru-guru boleh berbahasa Inggeris dengan sebaik mungkin.

Apa yang pasti, ujian ini akan dilaksanakan. Apa juga pandangan kita tentang ini, kita seharusnya positif dengan pelaksanaan ujian ini.

Saya ingin mengucapkan selamat menduduki ujian. Marilah sampaikan berita ini pada rakan-rakan lain. Setidak-tidaknya dapat juga bersedia. Kita pasti teruskan apa-apa sahaja yang dirancang untuk kebaikan dunia pendidikan anak-anak didik.

Sila rujuk Ketua Unit Bahasa dan Ketua Unit Sains Matematik PPD, untuk mendapatkan sebarang pertanyaan tentang hal ini. Pegawai penyelarasnya di peringkat daerah ialah Ketua Unit Bahasa.

Sekian.
Dicatatkan oleh
KUTV PPDHS
24.01.2007
05 Muharam 1428.

Sunday, January 21, 2007

PIPP 2006 - 2010

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006 - 2010

Pada masa sekarang kita sudah berada pada tahun 2007. Hampir sebulan sudah berlalunya tahun 2006. Agenda paling penting menjadi tumpuan dan fokus warga pendidik di Malaysia sekarang ialah PIPP. PIPP dirangka untuk jangka masa 5 tahun (2006-2010)

Selepas tahun 2010, kita cuma ada sepuluh tahun lagi untuk menjangkau 2020, iaitu tarikh keramat untuk mencapai wawasan nasional.

Jika kita teliti, rasanya pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa sejak dahulu. Mungkin lima fasa seperti berikut:
  • Zaman pra merdeka (sebelum 1957)
  • Zaman pasca merdeka (selepas 1957 - 1970)
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990)
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991 - 2000)
  • Zaman Wawasan Negara (2001 - 2010)

Zaman yang kelima, kita lalui sekarang. Kita sudah pasti terlibat sama menjana insan yang akan menjadi warga tahun 2020. Anak didik kita sudah berada di sekolah-sekolah, sudah pasti mereka akan sampai ke era 2020 itu.

Kita akan menjadi penggerak semua program yang dirancang. Sudah pasti semua program yang dirancang berhasrat melahirkan warga negara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.

PIPP yang diumumkan dinyatakan mempunyai 6 teras strategik. Jika diteliti seperti 6M iaitu:

  • Membina negara bangsa
  • Membangunkan modal insan
  • Memperkasakan sekolah kebangsaan
  • Merapatkan jurang pendidikan
  • Memertabatkan Profesion Perguruan
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Inilah topik-topik yang akan menjadi perbincangan selepas ini. rasanya bukan setakat dibincangkan di mana-mana perjumpaan, tetapi KPM pasti akan memastikan keenam-enamnya terhasil secara baik.

Mungkin ada masa dan ruang kita akan bicarakan topik ini secara terpeinci untuk kita semua. Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh:

KUTV PPDHS: 21.01.2007 / 02 Muharam 1428.