Sunday, December 24, 2006

NOVEL KE-10 TAHUN 2006

'Bagaikan Puteri', ialah novel ke-10 hasil karya Ramlee Awang Murshid yang telah selesai saya baca tahun ini. Novel setebal 574 muka surat ini selesai dibaca dalam masa 3 hari(22-24 Disember 2006).

Novel ini dipenuhi dengan unsur peperangan, melibatkan kebaikan dengan unsur manusia jahat yang bersama iblis dan syaitan.Penentangan kuasa yang berpaksi pada syaitan.

Novel ini berlatar belakangkan abad 21, sekitar tahun 2004 di Malaysia, iaitu kg. Punggor ( Johor ), Melaka, Kuala Lumpur dan Acheh di Indonesia. Pada masa yang sama, dimasukkan juga latar pada akhir abad 15. Kebanyakan latar yang digunakan ialah Acheh, Melaka dan Punggor.

Cerita ini tidak lojik dan tidak masuk akal untuk berlaku, tetapi diolah dengan baik oleh penulis. Rasanya mungkin boleh berlaku dengan izin Allah dalam kehidupan paranormal.

Terdapat kisah cinta di dalamnya, iaitu Haryani yang menjadi mangsa ragut. Haryani koma dan berjuang menghadapi kematian. Pada masa ini, dia terperangkap dengan cinta terhadap Saifudin (Laksamana Sunan) yang berada di penghuung abad ke-15.

Antara akan kekal dalam abad ke-15 atau balik ke abad ke-21? Semasa koma, seorang daripada waris Saifudin ( Dani) jatuh hati terhadapnya. Tanpa diketahuinya, Dani sentiasa berusaha mendoakan supaya dia cepat sembuh. Akhirnya Haryani kembali ke abad ke-21 semasa majlis pengkembumian.Haryani tidak dapat menerima Dani kerana tetap mencintai Laksamana Sunan.

Walaupun bukan novel sejarah, penulis berjaya memasukkan watak yang ada dalam sejarah seperti pertarungan Hang Tuah dengan Laksamana Sunan. Suryani berjumpa Tun Teja dan Sultan Mahmud, sultan sendiri berusaha menjadikan Haryani pemaisurinya.

Ketika Demensi abad ke-15 iaitu ketika pertarungan Laksamana Sunan dengan Ratu Sulaman yang menggunakan sihir, beliau terkorban. Pada ketika ini peristiwa tsunami pada 26 Disember 204 melanda Acheh. Pada masa ini Dani berada di Acheh kerana mencari keris peninggalan panglima Sunan. Dani juga digambarkan terkorban dalam ombak besar di Acheh.

Fenomena buruk ini pernah digambarkan leh guru Saifudin ( wali Sufi ) , disampaikan oleh Sadik kepada Sunan sebelum wali meniggal dunia dibunuh oleh kuasa jahat.

Seminggu selepas peristiwa tsunami, Haryani menerima 'post card' yang ditulis oleh Dani di dalam kapal terbang semasa menuju ke Medan. Pada kad itu tercatat 25 Disember, iaitu sehari sebelum peristiwa 26 Disember 204.

Adakah semua tanggapan saya sebagai pembaca benar tentang yang berlaku di dalam cerita ini. Atau mungkin ada perkara lain yang berlaku disebalik semua itu.Adakah Laksamana Sunan terkorban di zaman abad ke 15 itu ? atau adakah Dani sendiri menjadi korban tsunami?. Sekali imbas memang itulah yang berlaku.

Dicatatkan oleh:
KUTV PPDHS
24.12.2006.
03 Zulhijjah 1427.

No comments: