Sunday, December 24, 2006

NOVEL BACAAN TAHUN 2006

Sepanjang tahun 2006 ini saya telah selesai membaca 9 buah novel. Kesua novel tersebut ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Pada masa yang sama masih membaca sebuah lagi novel Ramlee yang bertajuk ' Bagaikan Puteri' terbitan 2005 dan diulang cetak bagi tahun 2006.

Novel-novel yang sudah dibaca ialah:

1. Tombiruo
2. Semangat Hutan
3. Tombiruo Terakhir
4. Mandatori
5. ADAM
6. Ranggau
7. Satu Janji
8. Rahsia Perindu
9. Hatiku di Harajiku

Saya mula membaca novel kembali pada awal tahun ini. Semasa berada di KL Central, menunggu kapal terbang yang hendak ke Miri, selepas daftar masuk, saya berjalan-jalan di sebuah kedai buku. Saya membeli novel 'Tombiruo' , lalu menaiki 'ERL' ke KLIA. Saya bercadang menggunakan novel ini untuk mengisi masa menunggu penerbangan. Tidak disangka akhirnya saya membaca novel semula.

Sehingga sekarang, 9 buah novel tulisan Ramlee telah selesai dibaca. Saya mendapati novel-novel ini agak berlainan daripada novel-novel yang biasa saya baca suatu masa dahulu. Semua novel ini bercorak thriller. Bagi saya, walaupun banyak unsur jenayah dan dunia jenayah di dalamnya tetapi penulisan kreatif yang dilakukan berjaya menarik perhatian.

Penulis berjaya menarik pembaca untuk terus mengetahui cerita dari satu peringkat ke satu peringkat. Kita tidak akan berjaya memahami novel ini dengan baik jika cuba membacanya secara melangkau, kata lain untuk mengambil jalan ringkas menyudahkan pembacaan. Sepanjang pembacaan kita akan tertanya-tanya siapa sebenarnya watak terlibat, selalunya banyak jangkaan kita tidak sama dengan apa yang akan berlaku dalam cerita.

banyak keadaan dalam novel-novel Ramlee ini memasukkan bahasa suku kaum atau bahasa asing yang siap diterjemahkan. Penulis selalu memasukkan pengetahuan dalam novelnya. Kita boleh mengetahui ilmu kejiwaan, sejarah,keagamaan dan lain-lain dalam novel. Malah paling banyak penulis memasukkan pengetahuan am sebagai latar belakang novel. Bahan-bahan rujukan juga disediakan, untuk menyiapkan novelnya.

Novel terakhir yang telah selesai dibaca, 'Hatiku di Harajuku' terbitan 2006 banyak menggambarkan kehidupan jenayah Jepun, 'yakuza'. Penulis menggunakan latar Jepun dan Malaysia dalam novel ini.Terdapat unsur cinta tiga segi. Ryu-Watanabe bercinta dengan Noriko (cinta dalam dunia jenayah yakuza) di samping terdapat watak Saito. Terdapat pula kehidupan watak Risham, dikaitkan dengan watak Sabrina. Kesudahan cerita dicatatkan di Tanah Tinggi Cameron.Kehidupan Risham bersama Marhain di tanah tinggi tersebut.

Cerita yang bersilih ganti antara latar Jepun dan Malaysia, merangkumkan cinta antara 2 orang yang berbeza bangsa dan agama.

Siapa sebenarna Watanabe, apa kaitannya dengan Risham ?. Siapa Saito dalam cerita ini, dan apakah hubungannya dengan Watanabe dan Noriko ?. Siapakah sebenarnya Sabrina?. Siapa pula Marhain sebenarnya.

Ikutilah novel sepanjang 576 muka surat ini.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
24.12.2006
03 Zulhijjah 1427.

No comments: